Cara Memastikan Sofa Sentiasa Baru

Cara MEMASTIKAN SOFA SENTIASA BARU ELAKKAN MAKAN ATAU MINUM DI ATAS SOFA Jika anda makan atau minum di atas sofa, ia akan meningkatkan risiko tertumpah atau terkena kotoran pada fabrik sofa. Hal ini kerana, fabrik pada sofa yang sukar untuk ditanggalkan menjadikannya susah untuk dibersihkan apabila terdapat kotoran padanya. TIDAK MELETAKKAN SOFA SECARA TERUS DI BAWAH CAHAYA MATAHARI Apabila anda meletakkan sofa anda di bawah sinar matahari, ia akan mempercepatkan proses pelunturan dan pemudaran selain kehilangan sifat semula jadinya. Pastikan anda menempatkan sofa di ruang yang bersesuaian, seperti di tempat yang tidak mempunyai cahaya matahari yang terlalu banyak. MENGGUNAKAN AKSESORI TAMBAHAN SEBAGAI PERLINDUNGAN Melindungi bentuk kusyen seperti alas tambahan dapat membantu mengurangkan kotoran terus pada pelapik asal sofa. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan anda untuk menanggalkannya sewaktu ingin membersihkan atau membasuh alas tersebut. BERSIHKAN SEGALA HABUK Bersihkan segala habuk, debu dan sisa makanan yang melekat pada sofa. Utamakan bahagian yang tersorok, tertutup dan celah-celah sofa. Gunakan vakum atau penyapu kecil untuk membersihkan kotoran.

Tips Dapur Nampak Luas Dan Kemas

Tips dapur nampak luas dan kemas Gunakan Warna Putih Untuk menampakkan dapur anda yang kecil kelihatan lebih luas, sebaiknya menggunakan warna putih sebagai warna utama ruang dapur terutamanya pada dinding dan juga kabinet. Pemilihan Rak Anda boleh guna jenis rak yang terbuka. Selain dapat buat dapur nampak luas, ia juga kemas dan kurangkan kesesakan dalam dapur. Letak label di setiap bekas untuk memudahkan anda mencari barang. Penggunaan Cermin Anda juga boleh menukarkan pintu atau tingkap yang anda gunakan sekarang kepada pintu atau tingkap yang jenis berkaca. Keadaan ini membantu anda dalam membuatkan dapur yang kecil nampak lebih luas kerana adanya pencahayaan dari luar masuk ke ruang dapur. Penggunaan Lampu Lampu juga main peranan untuk menampakkan dapur lebih luas. Caranya, anda boleh letak lampu di bawah kabinet. Tumpukan lampu ke arah siling boleh buat dapur nampak lebih tinggi. Simpan Barang Yang Jarang Digunakan Untuk mendapatkan ruang yang luas kita perlu simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, coffee maker, blender di satu tempat khas. Sekiranya nak guna barulah keluarkan semula barang tersebut. Maksimum Ruang Pada Dinding Ruang dinding dapur yang kosong perlulah digunakan sebaiknya. Jangan terlalu letak banyak barang atau hiasan sehingga membolehkan dapur anda nampak lebih crowded dengan barang-barang tersebut. Letakkan barang keperluan harian yang penting sahaja sudah cukup menampakkan keadaan dapur anda lebih luas dan tidak sempit.

Ketahui Cara Mudah Untuk Tanggal Dan Pasang Sarung Sofa

Sesetengah cover sofa boleh buka untuk dicuci dan ditukar ganti. Jadi anda tak perlu risau tentang kotoran di sofa kerana dengan langkah ini boleh menyelesaikan masalah anda.   Pelbagai warna menarik yang anda boleh pilih untuk ditukar ganti dan sentiasa nampak 𝐟𝐫𝐞𝐬𝐑 𝐚𝐧𝐝 𝐧𝐞𝐰!   “π‘©π’–π’Œπ’‚π’ π‘Ίπ’†π’•π’‚π’Œπ’‚π’• 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒃𝒐𝒕, π‘»π’‚π’‘π’Š 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒃𝒐𝒕 π‘Ίπ’Šπ’Žπ’‘π’π’š π‘―π’‚π’“π’Žπ’π’π’š”  

Sleep Healthy, Better Life

Tilam Getha diperbuat daripada 100% latex asli Malaysia yang berkualiti tinggi dan tiada bahan terlarang. Ia mempunyai pelepasan tekanan yang ideal, keanjalan yang tinggi. Kandungan 100% latex ini juga memberi keselesaan dan sokongan yang bertahan selama bertahun-tahun, juga fleksibel dan boleh dibengkokkan secara organik. Gabungan penemuan teknologi terkini dan inovasi. Permukaan tekstil dibenamkan dengan karbon buluh putih untuk menarik bakteria, peluh dan bau yang tidak diingini daripada kulit anda untuk membantu tilam anda kekal segar dan bebas bau. EMF iaitu Electro-magnetic Field Radiation adalah pendedahan sinaran yang berbahaya daripada barangan elektronik seperti telefon, komputer dan wifi . Ia akan menjejaskan kualiti tidur dan kesihatan anda. Dengan mempunyai tilam bebas EMF, ia dpt membantu mengurangkan pendedahan sinaran EMF dan juga dapat meningkatkan tidur yang berkualiti dan baik. Nano silver protection ialah ialah antimikrobial spektrum luas, pembasmi kuman alternatif antibiotik yang boleh mengurangkan keterukan dan panjang hampir semua jenis jangkitan bakteria, virus dan kulat dengan ketara. Dengan ada nya perlindungan Nano Silver ini, anda tidak perlu lagi risau tentang bakteria2 yang berada di tilam anda. maka, anda akan mempunyai tidu yang lena dan juga sentiasa sihat tanpa sebarang jangkitan dari kuman2 yang ada.   “π‘©π’–π’Œπ’‚π’ π‘Ίπ’†π’•π’‚π’Œπ’‚π’• 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒃𝒐𝒕, π‘»π’‚π’‘π’Š 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒃𝒐𝒕 π‘Ίπ’Šπ’Žπ’‘π’π’š π‘―π’‚π’“π’Žπ’π’π’š..”

6 Tips Dekorasi Ruang Tamu

Langsir mesti full height. Material langsir seeloknya jenis blackout dan pilih jenis plain untuk jadikan efek langsir beralun cantik dan kemas. Pemilihan perabot mesti berdasarkan tema yang dipilih. Ukur ruang dulu sebelum pilih sofa, set makan dan lain-lain. Serikan dengan throw pillow dan wall decoration yang sesuai. Pencahayaan sangat penting. Seimbangkan lampu kuning dan putih (daylight, cool white & warm white) bagi menghasilkan suasana yang tenang. Set point untuk wiring lampu kipas sebelum membuat pembelian dan target beberapa pemilihan lampu seperti track light/eyeball/pendant lamp untuk fokus pada wall yang mempunyai decoration. Aksesori deco. Jam, bunga, pokok, vase sangat penting untuk sesuatu ruang. Maximumkan dengan pemilihan aksesori yang menarik tapi jangan terlalu banyak nanti serabut.