Tips menghias ruang tamu yang lebih selesa Tentukan Konsep Ruang Tamu Antara konsep yang menjadi pilihan ramai adalah seperti gaya English, Jepun, Melayu, Klasik, Moden, Vintage dan sebagainya. pilih warna dinding ruang tamu Warna cat atau pelekat dinding dapat memberikan kesan kepada keluasan ruang tamu yang ada. Ketinggian Ianya penting kerana bahagian tersebut selalunya menjadi perhatian di ruang tamu. Lampu Cahaya adalah antara elemen penting dalam menghias ruang tamu. Pemilihan lampu yang betul akan mengubah suasana ruang tamu.
Petua Meletakkan Cermin Hiasan Dalam Rumah
Petua meletak cermin hiasan dalam rumah Pastikan cermin yang digantung tidak terlalu tinggi, melainkan ia digunakan untuk memantulkan cahaya daripada tingkap. Pastikan anda memilih frame yang sepadan dengan rumah anda. Untuk tujuan keselamatan, jika cermin yang anda gunakan berat, anda mesti pilih kawasan dinding. Pastikan alat dan bahan yang digunakan betul-betul kukuh. Elakkan mana-mana tempat serabut. Lagi besar cermin, lagi banyak cahaya yang akan dipantulkan.
Dekorasi Kaunter Bar Di Rumah
dekorasi kaunter bar di rumah Warna Pemilihan warna meja bar memainkan peranan untuk tidak nampak dapur terlalu sempit. Laci Adalah lebih baik jika bar dilengkapi dengan rak atau laci. Ketinggian Wajar bahawa kaunter bar setinggi 110-120 cm mempunyai palang untuk menyokong kaki. Lampu Berkumpul di bar menjadi selesa dengan adanya lampu yang sesuai.
Katil Besi Sebagai Tempat Tidur Moden
KATIL BESI SEBAGAITEMPAT TIDUR MODEN Katil besi biasanya ringan dan sangat mudah di alihkan dalam bilik. Mudah dijaga dan bersih. Hanya kain bersih cukup. Lap kering selama sebulan untuk ketahanan. Jika cat luntur, boleh di cat semula. Dengan cara ini, anda boleh mengubah hiasan rumah anda. Tiada bucu yang taham menjadikannya baik untuk bilik kanak-kanak juga. Mereka boleh bermain di dalam bilik tanpa bimbang.
Tips Almari Baju Nampak Kemas
TIPS ALMARI BAJU NAMPAK KEMAS GUNAKAN PENGGANTuNG BAJU YANG SESUAI Hanger pakaian merupakan alat pelengkap baju yang penting juga di almari pakaian. TEMPATKAN AKSESORI DALAM PLASTIK LUT SINAR Gunakan bekas yang diperbuat daripada plastik lutsinar, anda boleh mencari keperluan anda dengan cepat dan mudah. CIPTA LACI & RUANGAN SIMPANAN SENDIRI Salah satu solusi yang bijak, anda boleh menyusun dan memberi sentuhan sendiri terhadap ciptaan almari anda. GUNAKAN RUANG SECARA MENYELURUH Anda sebenarnya boleh menggunakan almari secara menyeluruh. Percayalah bahawa setiap ruang kosong ada kegunaannya.
Penjagaan Sofa Baldu Dengan Betul
penjagaan sofa baldu dengan betul Penyelenggaraan berkala : hanya vakum Gunakan vakum untuk bersihkan habuk pada sofa juga boleh menghilangkan bulu haiwan peliharaan. Lap terus kotoran pada sofa Lap kotoran dengan sabun dan air suam secara perlahan-lahan dengan kain lembut. Biarkan sofa kering 100%. Berus secara perlahan Setelah kain telah kering sepenuhnya, gunakan berus lembut dan kering untuk memulihkan rupa dan warna. elakkan sofa terlalu basah Gunakan pengering rambut dengan sangat lembut. Gosok perlahan-lahan dengan tangan anda untuk memastikan baldu tidak kering ke arah yang salah.
Dekorasi untuk ruangan belajar anak
Dekorasi ruangan belajar anak Letakkan meja belajar berhampiran tingkap Cuba letak meja belajar anak dekat tingkap supaya anak dapat cahaya semula jadi. Ini akan memastikan mereka aktif dan bertenaga semasa menjalani sistem pembelajaran jarak jauh dari rumah. Letakkan Tanaman Letakkan juga beberapa pokok di dalam bilik belajar mereka untuk mencipta udara segar. Pasang kertas dinding Pilih kertas dinding yang bersesuaian untuk mendapatkan rasa yang memberi semangat. manfaatkan rak buku Gunakan rak buku sebagai perpustakaan. Simpan buku di dalamnya berdasarkan topik mereka, mudah untuk anak mencarinya. Anda juga boleh meletakkan label pada rak.
Tips Memilih Warna Bilik Tidur
tips memilih warna bilik tidur Biru Mampu memberikan ketenangan kerana warnanya seolah-olah warna langit dan air. Apabila melihat warna biru, tekanan darah akan menurun dan degupan jantung akan stabil. Hijau Warna hijau lembut atau hijau kekuningan adalah menenangkan. Hijau juga terapi yang baik untuk mata anda. Merah jambu Warna merah jambu lembut mampu menjadikan ruangan di dalam rumah kelihatan lebih santai dan tenang. Kelabu Warna kelabu dan beige adalah warna neutral. Kelabu juga mampu menampakkan ruang kelihatan lebih luas.
Cara Membersihkan Tilam Yang Dikotori Kencing Si Kecil
Cara MEMbersihkan tilam yang dikotori kencing si kecil Serap sebanyak mungkin air kencing dengan tuala. Bagaimanapun jangan menekan terlalu kuat kerana ia akan menggalakkan air kencing terserap jauh ke dalam tilam. Tabur kawasan tompokan pada tilam dengan serbuk penaik bagi membantu menyerap lembapan dan menyerap bau. Vakum serbuk penaik setelah dibiarkan selama sejam. Buat larutan campuran cuka dan air. Isi ke dalam botol semburan dan semburkan pada tompokan air kencing tadi. Seterusnya gunakan kain untuk membersihkan kesan tompokan tersebut. Cuka membantu menyegarkan fabrik, dan juga menghilangkan bau. Jemur tilam di bawah sinar matahari. Sinar matahari sangat efektif dalam menghilangkan bau dan membunuh kuman. Jika cuaca tidak mengizinkan, sandarkan ia di bawah kipas sehingga kering.
Tips Rumah Sentiasa Nampak Baru
Tips rumah sentiasa nampak baru Tukar susun atur kedudukan kerusi rumah kita, ubah dari kedudukan asal. Ubah kedudukan tv dan letakkan sedikit bunga segar. Beli satu permaidani kecil gantikan diruang tamu. Modalnya kecil tetapi kesannya besar pada ruang. Bersih dan cuci langsir yang lama, jika dapat tema langsir ada persamaan sedikit dengan warna permaidani kecil tadi. Bantal kecil letak diatas sofa boleh beri kelainan yang baru pada ruang.

