Tips Bilik Nampak Teratur

tips bilik nampak teratur Katil Dua Tingkat atau Bunk Bed adalah antara pilihan terbaik sebagai perabot di ruang bilik yang sempit. Pemilihan Bunk Bed bukan saja menjimatkan ruang, malah menjadikan ruang nampak lebih teratur dan kemas. Antara tips untuk memilih bunk bed. saiz Cari jarak terbaik antara katil bertingkat dengan tinggi ceiling bilik supaya ruang katil di atas lebih luas demi mengelakkan ruang atas daripada terhantuk. sistem pengudaraan Kipas tidak digalakkan dipasang di bahagian bilik yang mempunyai katil dua tingkat. Tapi boleh pilih saiz kipas yang lebih kecil, kipas dinding atau penghawa dingin sebagai sumber pengudaraan dalam bilik tidur. ruang & pencahayaan Pastikan kedudukan katil tidak menghalang tingkap yang menjadi sumber pencahayaan utama dalam bilik. Seeloknya katil dirapatkan ke dinding yang paling panjang di dalam bilik. jenis tangga & pengahdang katil Demi keselamatan pengguna Bunk Bed terutamanya kanak-kanak, pilih tangga yang paling sesuai dengan mereka. Tangga yang nipis memang menjimatkan ruang. Tapi jika mahu lebih selamat, tangga dengan tapak yang luas lebih praktikal walaupun tangga jenis ini mengambil ruang yang banyak dalam bilik.

Petua Beli Sofa Baru

petua beli sofa baru saiz Ukur ruang anda untuk melihat berapa banyak ruang yang ada. Pastikan anda mengukur juga tempat masuk pintu anda dan fikirkan tentang perkara seperti tangga. Gaya dan Design Jika anda tidak dapat memilih sofa yang anda inginkan, anda boleh memilih sofa yang mungkin anda akan menggunakannya dalam tempoh yang agak lama. fungsi Pertimbangkan cara anda ingin menggunakan sofa anda. Sesetengah orang inginkan sofa yang digunakan sebagai sofa dan juga katil yang selesa dan sesetengah sofa mempunyai storan tersembunyi, sesuai jika anda tinggal di ruang yang lebih kecil. Keselesaan Nilaikan ketinggian tempat duduk, kedalaman tempat duduk dan ketinggian tempat sandar, kerana semua ini mempunyai impak terhadap kedudukan tempat duduk anda dan sentiasa pastikan tempat duduk mempunyai cukup ruang untuk baring secara selesa.

Dekorasi Bilik Belajar Seperti Profesional

Dekorasi Bilik Belajar seperti profesional Bilik belajar merupakan salah satu tempat yang diperlukan oleh anak-anak pada masa ini untuk aktiviti pembelajaran yang sangat selesa. Oleh itu, pastikan bilik belajar yang ada di rumah anda dapat dihias dengan sebaik mungkin. Gunakan cat dinding terang Pemilihan warna cat yang terang akan membuatkan anak-anak suka untuk beraktiviti di bilik belajar. Pilih cat dinding dengan warna kegemaran anak atau tema yang mereka suka. lantai yang mudah dibersihkan Bilik belajar terdedah kepada kotoran kerana ia digunakan untuk eksperimen anak-anak. Oleh itu, memilih lantai kayu adalah idea hiasan bilik belajar dan bukan itu sahaja, boleh padankan permaidani yang sesuai untuk anak. pasang wallpaper Kertas dinding dapat menciptakan suasana ruang belajar yang harmoni tanpa terikat dengan warna dinding atau tema tertentu. Boleh juga lekatkan nota untuk pembelajaran anak-anak. sediakan rak simpanan Anda boleh menyediakan bakul rotan comel untuk menyimpan barang anak-anak. Selain itu, anda boleh mewarnakan kod untuk tempat menyimpan mainan. Ini dilakukan untuk memastikan anak dapat mencari dengan tepat apa yang mereka cari.

Cara Dapur Kekal Bersih Dan Tahan Lama

Cara dapur kekal bersih dan tahan lama Menjaga Kebersihan dapur adalah sangat penting kerana ia adalah ruangan untuk kita menyediakan makanan untuk seisi keluarga. Ketahui cara yang berkesan untuk dapur kekal bersih dan kabinet dapur tahan lebih lama: alternatif pencuci Selain daripada bahan kimia sabun pencuci, cuka adalah salah satu alternative pencuci lain yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak dan kotoran di kawasan celahan dan kabinet dapur anda. haba dan cahaya Penggunaan bidai atau langsir pada tingkap boleh meminimakan cahaya dan haba pada kabinet dapur anda agar dapur tahan lebih lama. Selain itu, ketika proses memasak juga amatlah penting untuk buka tingkap bahagian dapur supaya mendapat aliran pengudaraan yang baik. kesan minyak Segera cuci alat memasak setelah digunakan. Sentiasa lap dan bersihkan selepas siap proses memasak. Jika mempunyai penyedut asap (Hood Kitchen), pastikan diguna ketika memasak di dapur. Penapis hood juga perlu di selenggara 5 bulan 1 kali. alas perkakas Untuk memastikan table dapur anda kekal bersinar dan tidak rosak, penggunaan seperti alas periuk panas juga sangat penting. Mengelakkan daripada terjadinya heatmark pada permukaan dapur anda. Rak susunan barang Sentiasa menyimpan barang di tempat asal setelah guna. Barang – barang berat haruslah di bahagian Base Unit kabinet dapur. Sebaliknya pula untuk barang yang ringan boleh susun di bahagian Wall Unit kabinet dapur.

Almari TV Gantung Yang Minimalis

Almari TV Gantung yang minimalis sesuai dengan saiz ruang Kebiasaannya kabinet TV menjadi point utama dalam rumah. Lebih bagus jika boleh dapatkan anggaran saiz ruang sebelum beli TV kerana ia akan memberi kesan kepada pemilihan kabinet dan juga ruang tersebut. ketinggian yang betul Kunci untuk dapatkan keselesaan ketika menonton TV adalah level ketinggian TV yang tepat. Ketinggian yang tepat adalah apabila level mata kita berada tepat di tengah atau bawah sedikit dari screen TV. pemilihan reka bentuk Elakkan menggunakan lebih dari satu konsep dalam satu-satu ruang. Ia akan membuatkan ruang kita nampak kecil dan agak serabut. Pastikan ruang mempunya 1 konsep yang anda gemari. kabinet gantung berlaci Untuk dapatkan ruang yang lebih luas dan tidak serabut, laci sangat membantu. Cuba sedaya upaya untuk sorokkan barangan lain seperti DVD’s, remote TV dan lain-lain untuk dapatkan hasil yang lebih cantik dan kemas.

Dekorasi Dapur Tanpa Kabinet

Dekorasi Dapur tanpa kabinet rak simple Satu atau dua rak ringkas di dinding dapur boleh menjadi cara terbaik untuk menambah ruang simpanan. Rak ialah cara terbaik untuk menyusun periuk dan kuali, rempah ratus dan barangan lain yang sering anda gunakan. rak terbuka Rak terbuka menggunakan ruang paling baik dan sesuai untuk rumah minimalis yang terhad. Anda juga boleh menggunakan reka bentuk yang kompleks dan mudah. rak bertingkat Boleh gunakan rak bertingkat untuk memudahkan penyimpanan barang dan mudah untuk alih jika hendak mengemas dapur. Di atas rak itu boleh gunakan untuk letak barang yang diperlukan untuk memasak, tisu atau tong sampah bergerak. bekas penyimpanan barang kecil Sediakan bekas simpan bawang, rempah ratus, garam, gula dan lain-lain lagi. Pastikan bekas penyimpanan berpenutup dan perlu ada lubang untuk pengudaraan bagi penyimpanan bawang. Penting untuk labelkan nama dan tarikh luput makanan untuk keselamatan.

Keselamatan Penting Almari Solek Berlampu

Keselamatan penting almari solek berlampu Jangan gunakan mentol yang lebih besar daripada 20 watt. Gunakan pada mana-mana soket elektrik arus rumah biasa. Selepas digunakan, sentiasa pastikan suis dalam keadaan OFF. Jika suis sentiasa terbuka boleh menyebabkan mentol akan terbakar. Letakkan di kawasan yang sejuk dan kering di mana cermin tidak akan rosak. Pastikan letak di kawasan yang selamat dari kanak-kanak. Bersihkan permukaan cermin dengan pembersih kaca. Jangan hidupkan suis sehingga anda pasti cermin benar-benar kering dan tiada air di permukaan cermin.

Putih Putih Melati

PUTIH PUTIH MELATI Warna putih akan mudah untuk dipadankan dan digayakan. Pelbagai perabot akan sesuai di bilik tidur gaya moden, minimalis dan klasik. Tidak seperti warna lain, nada putih tidak mengganggu penglihatan mata anda malah dapat melegakan keletihan dan ketegangan yang terkumpul. Suasana bilik akan menjadi tenang dan sejuk. Bilik tidur memerlukan katil, almari baju, meja belajar, meja sisi atau apa sahaja anda letak didalamnya. Jadi dengan ini bilik akan menjadi sempit. Oleh itu pentingnya warna putih ini untuk menyelamatkan keadaan agar bilik kelihatan luas. Pemilihan perabot putih sentiasa dalam permintaan, banyak pengeluar terlibat dalam pengeluaran produk ini. Permintaan sangat tinggi untuk warna putih.

Elak Almari Sliding Daripada Rosak

Elak almari sliding daripada rosak Jaga kebersihan di trak pintu almari sliding anda. Jika ingin bersihkan trak pintu almari sliding, boleh menggunakan vakum atau penyapu yang lembut. Jangan sesekali titis atau sapukan bahan pelincir untuk melancarkan perjalanan roda pintu sliding. Jika tersangkut cuba angkat dan betulkan roda pintu sliding yang telah lari landasan. Jangan sesekali tolak pintu almari sliding yang telah ketat sehingga jem.

4 Item Perlu Ada Di Pintu Masuk Utama

4 item perlu ada di pintu masuk utama cermin Perletakkan cermin panjang amat sesuai untuk memantulkan cahaya dan boleh membuatkan ruang kecil nampak luas. bangku kecil Boleh membantu anda untuk menyarung serta membuka kasut tanpa perlu duduk di atas lantai. meja konsol Pasti anda memerlukan tempat untuk meletakkan barangan semasa anda menyarung atau menanggalkan kasut. Tempat letak kunci Kunci kereta, kunci rumah dan segala kunci yang kita ada untuk membuka sesuatu tempat mestilah disimpan ditempat yang betul.