Penjagaan rapi penggunaan bantal

BUKAN sahaja sarung bantal yang perlu diganti dan dibasuh dengan kerap, bantal juga perlu dicuci sekurang-kurangnya setahun sekali.
Ini kerana selama anda memakai bantal anda, banyak kotoran seperti debu dan sel-sel kulit mati akan melekat. Jom ikuti tip mudah yang ingin dikongsi:-
  • Periksa keadaan bantal terlebih dahulu dengan meratakan bantal isi dalamnya. Kemudian, lipat bantal menjadi dua bahagian dan lepaskan.

  • Jika bantal kembali ke bentuk asal, ini bererti keadaannya masih elok. Jika tetap terlipat, anda perlu menggantikan lain.

  • Pastikan jenis isi dalam bantal anda. Bahan yang berbeza-beza seperti kekabu, kapas atau silikon. Ia memerlukan cara membasuh yang berbeza.

  • Periksa cara membasuh yang terdapat pada label di bantal anda. Setiap bantal fabrik akan mempunyai kaedah tersendiri bagaimana untuk mencuci mengikut kesesuaian bahan bantal tersebut.

  • Pastikan tiada lubang pada bantal anda untuk mengelakkan isi bantal terburai sewaktu dicuci. Jika ada lubang, tampal atau jahit terlebih dahulu sebelum dicuci.