Pilih bekas atau tempat penyimpanan yang sesuai supaya bilik dobi di rumah kecil kelihatan lebih minimalis. Susun sabun basuh dan pewangi pakaian ke dalam bekas yang mempunyai bentuk yang sama supaya nampak kemas. Letakkan tempat penyimpanan di sekeliling mesin basuh dengan kemas.
Untuk menjimatkan ruang, anda boleh memasang rak dinding di atas mesin basuh. Ini adalah cara yang berkesan untuk menggunakan bilik dobi di rumah kecil. Penambahan rak gantung yang panjang untuk menyidai pakaian dapat memudahkan anda mengeringkan di bawah sinar matahari.
Untuk mengubah suasana di dalam bilik dobi di rumah anda, anda boleh menukar lantai. Seperti lantai '𝑣𝑖𝑛𝑦𝑙' kerana lantai ini agak tahan lama dan mudah dipasang. Pastikan tukar lantai yang tidak terlalu licin untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Anda boleh menyelitkan tanaman hiasan supaya bilik dobi di rumah terasa lebih segar. Pilih pasu kecil dan simpan tanaman hiasan yang sesuai diletakkan di tempat yang lembap. Elakkan terlalu 'crowded' menghias tanaman untuk mengelakkan ruang terlalu sempit.
(Company No. 201401038326 / 1114474-A)
©2025 All Rights Reserved. Simply Harmony Home Decoration Sdn Bhd