Cara MEMASTIKAN SOFA SENTIASA BARU
ELAKKAN MAKAN ATAU MINUM DI ATAS SOFA
Jika anda makan atau minum di atas sofa, ia akan meningkatkan risiko tertumpah atau terkena kotoran pada fabrik sofa. Hal ini kerana, fabrik pada sofa yang sukar untuk ditanggalkan menjadikannya susah untuk dibersihkan apabila terdapat kotoran padanya.
TIDAK MELETAKKAN SOFA SECARA TERUS DI BAWAH CAHAYA MATAHARI
Apabila anda meletakkan sofa anda di bawah sinar matahari, ia akan mempercepatkan proses pelunturan dan pemudaran selain kehilangan sifat semula jadinya. Pastikan anda menempatkan sofa di ruang yang bersesuaian, seperti di tempat yang tidak mempunyai cahaya matahari yang terlalu banyak.
MENGGUNAKAN AKSESORI TAMBAHAN SEBAGAI PERLINDUNGAN
Melindungi bentuk kusyen seperti alas tambahan dapat membantu mengurangkan kotoran terus pada pelapik asal sofa. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan anda untuk menanggalkannya sewaktu ingin membersihkan atau membasuh alas tersebut.
BERSIHKAN SEGALA HABUK
Bersihkan segala habuk, debu dan sisa makanan yang melekat pada sofa. Utamakan bahagian yang tersorok, tertutup dan celah-celah sofa. Gunakan vakum atau penyapu kecil untuk membersihkan kotoran.






