Tips dapur nampak luas dan kemas

  • Gunakan Warna Putih

    Untuk menampakkan dapur anda yang kecil kelihatan lebih luas, sebaiknya menggunakan warna putih sebagai warna utama ruang dapur terutamanya pada dinding dan juga kabinet.

  • Pemilihan Rak

    Anda boleh guna jenis rak yang terbuka. Selain dapat buat dapur nampak luas, ia juga kemas dan kurangkan kesesakan dalam dapur. Letak label di setiap bekas untuk memudahkan anda mencari barang.

  • Penggunaan Cermin

    Anda juga boleh menukarkan pintu atau tingkap yang anda gunakan sekarang kepada pintu atau tingkap yang jenis berkaca. Keadaan ini membantu anda dalam membuatkan dapur yang kecil nampak lebih luas kerana adanya pencahayaan dari luar masuk ke ruang dapur.

  • Penggunaan Lampu

    Lampu juga main peranan untuk menampakkan dapur lebih luas. Caranya, anda boleh letak lampu di bawah kabinet. Tumpukan lampu ke arah siling boleh buat dapur nampak lebih tinggi.

  • Simpan Barang Yang Jarang Digunakan

    Untuk mendapatkan ruang yang luas kita perlu simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, coffee maker, blender di satu tempat khas. Sekiranya nak guna barulah keluarkan semula barang tersebut.

  • Maksimum Ruang Pada Dinding

    Ruang dinding dapur yang kosong perlulah digunakan sebaiknya. Jangan terlalu letak banyak barang atau hiasan sehingga membolehkan dapur anda nampak lebih crowded dengan barang-barang tersebut. Letakkan barang keperluan harian yang penting sahaja sudah cukup menampakkan keadaan dapur anda lebih luas dan tidak sempit.