sukan Badminton

21.10.2022 / AKTIVITI KLG

Pada 21 Oktober 2022 (Jumaat), kami telah menganjurkan aktiviti badminton sebagai aktiviti riadah staf dihujung minggu. Acara ini diadakan di Dewan Komuniti Cina Mak Dayang, Kemaman. Semua peserta bersemangat hadir dan membawa ahli keluarga untuk sihat bersama.

Semoga aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental staf dan mengeratkan hubungan sesama staf serta keluarga. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang telah turut serta dalam acara badminton ini.