Pentingnya Ruang Belajar Selesa Untuk Anak

𝐏𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐀𝐧𝐚𝐤 👨🏻‍💻😎

🍀 Letakkan rak buku di ruang belajar anak sebagai tempat penyimpanan atau mini perpustakaan. Simpanlah buku-buku di dalam rak berdasarkan topik agar mudah untuk anak-anak mencari dan menyimpannya semula. Dengan ini akan dapat melatih anak-anak supaya bilik kelihatan kemas dan bersih.

🍀 Boleh gunakan meja yang lekat di dinding dan mudah ditutup bagi memastikan keselamatan anak terjaga dari cedera tekena bucu meja. Jadi ibu bapa tidak perlu bimbang jika tinggal anak di ruang belajar untuk anak menerokai pembelajaran sendiri.

🍀 Peredaran udara yang baik boleh menjadikan bilik lebih selesa. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Adalah lebih baik menggunakan pengudaraan di dalam bilik kerana otak memerlukan pengambilan oksigen yang mencukupi untuk digunakan secara optimum.

🍀 Ibu bapa juga boleh meletakkan makanan ringan di ruang belajar, ini akan membuatkan anak lebih fokus dan tidak bosan. Jadi anak tidak perlu keluar dari bilik semata-mata untuk mendapatkan snek. Tetapi ingat makanan ringan juga mesti kekal berkhasiat.
Sumber: Pinterest

𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒕𝒂𝒌𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒃𝒐𝒕 𝑻𝒂𝒑𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒃𝒐𝒕 𝑺𝒊𝒎𝒑𝒍𝒚 𝑯𝒂𝒓𝒎𝒐𝒏𝒚 🥰🥳