𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐏𝐔𝐑 𝐀𝐆𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐋𝐀𝐌𝐀

🍀 Peka Keadaan Dapur
Untuk yang menggunakan kabinet jenis kayu, perkara ini harus di ambil berat kerana resapan air sangat pantas jika berlaku kebocoran di bahagian sinki dan juga pili air masuk dan keluar. Penggunaan penapis amat digalakkan supaya saluran sinki dapur tidak mudah tersumbat dengan sampah

🍀 Haba dan Cahaya
Penggunaan bidai atau langsir pada tingkap boleh meminimakan cahaya dan haba pada kabinet dapur anda.
Selain itu, ketika proses memasak juga amatlah penting untuk buka tingkap bahagian dapur supaya mendapat aliran pengudaraan yang baik.

🍀 Kesan Minyak
Segera cuci alat memasak setelah digunakan. Jika anda mempunyai backsplash dinding seperti tempered glass amatlah mudah untuk di bersihkan daripada kesan kotoran minyak. Sebaliknya jika anda menggunakan tiles, resapan minyak di celah – celah sambungan tiles perlu ambil berat. Sentiasa lap dan bersihkan selepas siap proses memasak.

🍀 Rak Susunan Barang
Sentiasa menyimpan barang di tempat asal setelah guna. Barang – barang berat haruslah di bahagian Base Unit kabinet dapur. Sebaliknya pula untuk barang yang ringan boleh susun di bahagian Wall Unit kabinet dapur. Perlu ingat yang bahagian Wall Unit kabinet adalah berpaut di dinding. Jadi ia tidak sesuai untuk meletakkan barang yang berat untuk memanjangkan hayat kabinet dapur anda.
 
Jika ingin dapatkan kabinet dapur yang berkualiti tinggi, boleh hubungi kami di:-
𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙩𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙗𝙤𝙩 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙗𝙤𝙩 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙡𝙮 𝙃𝙖𝙧𝙢𝙤𝙣𝙮 ☺️❤️