Kulit asli lebih cenderung tahan lebih lama berbanding kulit tiruan. Ini kerana, kulit asli di hasilkan secara semulajadi oleh haiwan yg diternak seperti lembu, kerbau, dan kambing manakala kulit tiruan adalah hasil daripada bahan campuran getah, kimia dan pewarna.
Permukaan atas kulit asli (bahagian atas yg ada pori) adalah bahan semulajadi sangat sukar untuk terbakar. Sebagai ujikaji untuk pembuktian kulit asli, ambil sample kulit dan cuba bakar kulit tersebut. Kulit asli tidak mudah terbakar. Berbanding kulit tiruan, bahan ini sangat mudah terbakar dan apabila dibakar, ia akan mengeluarkan bau seakan akan getah yang terbakar.
Sebagaimana sedia maklum, harga kulit asli lebih mahal dari harga kulit tiruan. Ini kerana kualitinya yang sangat jauh lebih baik dari kulit tiruan. Ketahanan kulit asli yang lebih lama serta permukaan kulit yang lebih lembut dengan teksturenya yang sangat antic berbanding kulit tiruan. Kulit asli mudah menyerap haba badan manusia berbanding kulit tiruan yang panas. Selain itu juga, kulit asli terhasil secara semulajadi dan perlu menunggu masa yang lama untuk dihasilkan dari seseekor haiwan berbanding kulit tiruan yang mudah di hasilkan dari bahan campuran kimia.
Kulit asli yang belum bercampur dengan warna, jika dicium dari dekat sering mempunyai bau kulit berbanding kulit tiruan. Manakala kulit tiruan sering menghasilkan bau kimia atau seakan bau cat kerana bahan bahan kimia ini tidak dapat menyerap ke dalam bahan kulit tiruan. Lebin teruk lagi, kulit tiruan kadang kadang boleh menghasilkan bau dari bahan getah.
(Company No. 201401038326 / 1114474-A)
©2025 All Rights Reserved. Simply Harmony Home Decoration Sdn Bhd