Kerap bersihkan debu dan kotoran pada permukaan perabot kayu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan cantik.
Hindarkan atau minimumkan kekerapan perabot kayu anda dari terkena sinaran cahaya matahari agar warna kayu tidak pudar.
Elakkan meletak barang yang panas atau lembap pada permukaan perabot kayu anda agar kayu tidak kembang dan meninggalkan kesan atau bekas. Ini bagi mengelakkan kayu dari cepat reput.
Sekali-sekala anda perlu menggilap permukaan kayu dengan pengilat kayu yang ada. Hal ini untuk menjaga kualiti dan warna kayu agar kelihatan cantik dan berseri.
(Company No. 201401038326 / 1114474-A)
©2025 All Rights Reserved. Simply Harmony Home Decoration Sdn Bhd