𝐓𝐈𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐆𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐔𝐒𝐔𝐍

  • 𝑺𝒖𝒔𝒖𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂 𝑹𝒂𝒌 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒂𝒏

    Kabinet tv merupakan satu komponen penting dalam rumah kerana akan menjadi tumpuan tetamu apabila masuk ke dalam rumah. Pemilihan kabinet tv gantung akan memberikan kesan yang positif terhadap persekitaran di ruang tamu. Selain dapat membantu menjimatkan ruang, kabinet tv gantung boleh menjadi tempat anda meletakkan koleksi barang hiasan rumah anda.

  • 𝑮𝒖𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈

    Jika anda kehabisan ruang untuk penyimpanan di rumah, anda boleh menggunakan bahagian dinding untuk memasang rak dinding minimalis. Rak dinding kayu yang dipasang boleh digunakan untuk menyimpan koleksi buku dan majalah di rumah.

  • 𝑺𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂

    Cara pintar untuk menyimpan barang di rumah minimalis ialah dengan mencipta ruang simpanan tersembunyi di bawah tangga. Reka reka bentuk tangga sempit dengan ciri laci simpanan 'tersembunyi' yang inovatif.