Untuk menampakkan dapur anda yang kecil kelihatan lebih luas, sebaiknya menggunakan warna putih sebagai warna utama ruang dapur terutamanya pada dinding dan juga kabinet. Tidak digalakkan untuk menggunakan warna yang gelap kerana itu hanya akan membuatkan ruang dapur anda nampak lebih sempit.
Kalau sebelum ni jenis rak simpanan barang dapur anda seperti garam, gula, kunyit atau pun pinggan mangkuk anda di simpan dalam rak/ almari yang jenis bertutup, cuba anda tukar dengan rak simpanan yang jenis terbuka. Jadi, ruang anda itu nanti akan nampak lebih luas dan tidak padat jika dibandingkan dengan sebelum ini semasa menggunakan rak bertutup.
Anda juga boleh menukarkan pintu atau tingkap kayu yang anda gunakan sekarang kepada pintu atau tingkap yang jenis berkaca. Keadaan ini membantu anda dalam membuatkan dapur yang kecil nampak lebih luas kerana adanya pencahayaan dari luar masuk ke ruang dapur.
Untuk barang-barang yang anda jarang gunakan, simpankan kesemuanya di satu tempat atau pun di ruang khas tempat simpan barang. Jangan diletakkan di atas meja dapur begitu sahaja kerana ianya akan menampakkan ketidak kemasan dapur anda. Jika ingin gunakan barang tersebut, anda boleh keluarkannya semula.
Ruang dinding dapur yang kosong perlulah digunakan sebaiknya. Jangan terlalu letak banyak barang atau hiasan sehingga membolehkan dapur anda nampak lebih crowded dengan barang-barang tersebut. Letakkan barang keperluan harian yang penting sahaja sudah cukup menampakkan keadaan dapur anda lebih luas dan tidak sempit.
(Company No. 201401038326 / 1114474-A)
©2025 All Rights Reserved. Simply Harmony Home Decoration Sdn Bhd