Meja makan adalah salah satu perabot yang wajib ada di dalam rumah selain daripada sofa dan katil. Tidak salah jika sesebuah rumah tidak mempunyai meja makan, tetapi meja makan sentiasa menjadi kehendak seseorang yang mempunyai keluarga dan rumah sendiri.
💥 𝗦𝗔𝗜𝗭 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡
– Sebelum membeli meja makan, kita kena pastikan saiz ruang makan terlebih dahulu. Jika anda membeli meja makan yang besar untuk ruang makan yang kecil, rumah korang akan kelihatan sempit. Untuk langkah berjaga-jaga, lebih baik anda ambil pita pengukur dan ukur ruangan makan.
💥 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗝𝗔
– Pemilihan meja makan berbentuk bulat amat digalakkan untuk ruang makan yang terhad. Ini adalah kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang besar. Meja makan segi empat pula sangat sesuai untuk ruang yang luas dan mempunyai banyak kerusi.
💥 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗡𝗜
– Jumlah penghuni di dalam rumah juga perlu dititikberatkan. Ini adalah supaya tiada ahli isi rumah yang tidak dapat untuk duduk bersama di meja makan. Tapi berbalik juga pada ruangan di rumah korang. Kalau tidak boleh memuatkan meja makan yang besar, separuh terpaksalah beralah.
💥 𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡
– Warna sesuatu perabot mempengaruhi suasana di dalam rumah. Pastikan anda tak pilih warna yang carca marba. Semak mata memandang nanti. Buat rujukan untuk kombinasi warna yang menaikkan mood positif di dalam rumah.
Jom dapatkan set makan kegemaran anda di:
📱 http://www.wasap.my/+60182296818/Ateh
📱 http://www.wasap.my/+60128288063/Nadia
📱 http://www.wasap.my/+60199803968/Sufi
📱 http://www.wasap.my/+60169234816/SimplyHarmony
𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙩𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙗𝙤𝙩 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙗𝙤𝙩 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙡𝙮 𝙃𝙖𝙧𝙢𝙤𝙣𝙮 🍀
(Company No. 201401038326 / 1114474-A)
©2025 All Rights Reserved. Simply Harmony Home Decoration Sdn Bhd