Terpegun seketika apabila melangkah masuk ke dalam rumah yang dihiasi dengan elegan dan bercirikan stail English klasik, apatah lagi suasana yang tenang dan redup membuatkan penghuni rumah berasa nyaman dengan dekorasi sebegini. Jadi bagi yang ingin mengetahui caranya jom ikuti tips dekorasi di bawah.
🍂 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗖𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗮𝘀 𝗗𝗶𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴
Biasanya dekorasi stail English menggunakan warna-warna yang terang bagi setiap ruang dalaman rumah, oleh itu pilih cat dan kertas dinding yang berwarna cerah seperti putih, off-white, ivory, hijau pastel, biru pastel, kuning lembut atau kelabu cair bagi mewarnakan dinding rumah.
🍂 𝗖𝗼𝗿𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗻 𝗠𝗼𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻
Selain pemilihan warna, penentuan corak juga penting dalam memilih barangan dekorasi rumah stail English dan terdapat beberapa jenis corak dan motif harus kamu tentukan sebagai fokus bagi mendekorasi dalaman rumah.
🍂 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗯𝗼𝘁 𝗙𝗮𝗯𝗿𝗶𝗸 𝗗𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘆𝘂
Penggunaan perabot fabrik dan kayu sudah menjadi kunci elemen penting dalam penataan rekaan dalaman rumah stail English, penggunaan fabrik yang bermotifkan bunga-bungan dengan warna klasik sangat sinonim dalam dekorasi rumah seperti ini.
🍂 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗶𝗻
Setelah selesai membuat pemilihan bagi perkara yang utama seperti yang dinyatakan di atas, kini kamu boleh fokus pula pada perincian yang lain seperti:
– Pemilihan perkakasan pinggan mangkuk mengikut corak pilihan
– Pemilihan reka bentuk kabinet
– Pemilihan rekaan lampu tidur, lantai dan siling
– Pemilihan cadar, selimut, sarung bantal dan kusyen
– Hiasan dinding seperti lukisan dan bunga palsu
Sumber: Pinterest
𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙚𝙩𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙗𝙤𝙩 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙋𝙚𝙧𝙖𝙗𝙤𝙩 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙡𝙮 𝙃𝙖𝙧𝙢𝙤𝙣𝙮 🍀
(Company No. 201401038326 / 1114474-A)
©2025 All Rights Reserved. Simply Harmony Home Decoration Sdn Bhd