penjagaan almari buku kayu

  • Kerap bersihkan debu dan kotoran pada permukaan perabot kayu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan cantik.

  • Hindarkan atau minimumkan kekerapan perabot kayu anda dari terkena sinaran cahaya matahari agar warna kayu tidak pudar.

  • Elakkan meletak barang yang panas atau lembap pada permukaan perabot kayu anda agar kayu tidak kembang dan meninggalkan kesan atau bekas. Ini bagi mengelakkan kayu dari cepat reput.

  • Sekali-sekala anda perlu menggilap permukaan kayu dengan pengilat kayu yang ada. Hal ini untuk menjaga kualiti dan warna kayu agar kelihatan cantik dan berseri.